LAPORAN AKTIVITI/PROGRAM JUN 2026

Laporan Aktiviti | 24 July 2026

TARIKH : 15-25 JUN 2026

Program / Aktiviti / Kelas:KELAS MAHIR JUN 2026
Masa: SESI PAGI :0930AM-1100AM
SESI PTG : 0300PM-0430PM
Lokasi: NADI KAMPUNG HILIR MATU
Peserta: 6 ORANG PESERTA

Tujuan: Meningkatkan kemahiran peserta melalui kursus/kelas yang disediakan. Antara kelas mahir yang disediakan adalah Mahir Masak,Mahir Jahit,Mahir baiki gajet,Mahir Foto dan Agri pintar.

Aktiviti: Program ini dijalankan secara atas talian yang di ajar oleh pembimbing kelas yang bertauliah. Setiap minggu modul akan bertukar mengikut kelas yang disediakan. Ujian dan kuiz oleh pembimbing disediakan untuk menilai tahap peserta.

Gambar disini

TARIKH : 09-20 JUN 2026

Program / Aktiviti / Kelas: NADI EMPOWERHER
Masa: 1000AM-1200PM
Lokasi: NADI KAMPUNG HILIR MATU
Peserta: 2 ORANG PESERTA

Tujuan: Memberi pendedahan kepada peserta tentang asas perancangan perniagaan dan pengurusan kewangan yang sistematik untuk memulakan serta mengembangkan perniagaan.

Aktiviti: Webinar ini dijalankan secara atas talian dengan perkongsian berkaitan strategi perancangan perniagaan yang berkesan. Peserta juga akan mempelajari cara mengurus kewangan, menyediakan bajet dan merancang aliran tunai perniagaan. Melalui sesi ini, peserta dapat meningkatkan pengetahuan dan keyakinan dalam mengurus perniagaan dengan lebih teratur dan mampan.

TARIKH : 28 JUN 2026

Program / Aktiviti / Kelas:SARINGAN MOBILE LEGEND 2026
Masa: 0900AM-1230PM
Lokasi: NADI KAMPUNG HILIR MATU
Peserta: 17 ORANG PESERTA

Tujuan: ujuan utama program e-sukan Mobile Legends di NADI (Nadi Pusat Sebaran Maklumat Nasional) adalah memperkasa komuniti tempatan membangun bakat esukan dan mencari bakat baru dalam esukan.

Aktiviti: Program ini dijalankan dijalankan di NADI untuk mencari pemenang bagi mewakili pasukan di peringkat negeri.

Gambar disini