Kemudahan Asas

Kemudahan Asas

Penduduk di sekitar Kampung Kuala Hilir Matu antara yang bertuah kerana dibekalkan dengan pelbagai kemudahan asas berbanding sesetangah kawasan di sekitarnya. Mereka telah menerima kemudahan bekalan tenaga elektrik dan air bersih pada tahun 2000 manakala jalan raya sekitar tahun 90-an. Antara kemudahan lain yang disediakan adalah perpustakaan desa, pusat sumber JKKK, telefon awam, masjid dan sebagainya.

Jalan raya tar yang dibina untuk masuk ke kawasan Kampung Kuala Hilir Matu

Masjid Darul Iman Kuala Hilir Matu sebagai pusat aktiviti agama di kampung ini

Pusat sumber JKKK kampung Kuala Hilir Matu untuk menyusun dan merancang aktiviti kampung

(kini digunakan untuk tadika kg hilir A Dan B)

PEJABAT DAERAH MATU  
(Terletak di Bruan Mapal Matu yang sebelumnya terletak di pekan Matu)

Majlis Daerah Matu Dan Daro
(terletak di pekan Matu)