Pertanian ialah pengeluaran makanan dan barangan melalui perladangan, penternakan, dan perhutanan. Ia merupakan perkembangan utama yang membawa kepada kebangkitan tamadun, dengan penanaman dan penternakan mewujudkan lebihan makanan dan seterusnya membolehkan pembangunan masyarakat yang lebih padat dan berstrata.
Bagi kebanyakan penduduk Kuala Matu pertanian sawah padi menjadi sumber pendapatan utama mereka. Kebanyakan mereka menanam padi berskala kecil dari 1- 5 ekar seorang. Padi yang di tanan merupakan padi jangka hayat tahunan. musim menuai bagi mereka adalah pada bulan April hingga Jun. Selain itu, terdapat juga kebun kecil yang menanam sayur sayuran dan buah buahan untuk jualan secara kecil kecilan.